Kebakaran di Tawau, satu rumah kosong musnah

Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung (Kg) Kabogan, di sini kelmarin.

Menurut kenyataan media Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 5.50 petang berhubung kejadian itu.

“Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna bersama jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera kecemasan Light Fire Rescue Tender (LFRT) digerakan ke lokasi kejadian,”katanya.

Menurut Ketua Operasi, PBKII KUP Abdullah Harun berkata kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah kosong jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Sebaik tiba, pasukan bomba membuat pemadaman dan penyelamatan ‘Offensive firefighting’ di setiap penjuru bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 7 malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Jelasnya, tiada kecerderaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan, manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 5 Sabah (Tawau). – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *