TUJUH PENUMPANG CEDERA RINGAN DALAM KEMALANGAN BAS

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU : Tujuh penumpang mengalami luka ringan setelah bas express  yang mereka naiki terbabas sendiri di bahu jalan di Batu 15 Jalan Apas awal pagi ini.

Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 5.15 pagi.

PBK II Zougrana Konin bersama enam anggota telah respon ke tempat kejadian dengan jarak sejauh 10 KM dengan menaiki sebuah jentera bomba dan sebuah jentera kecemasan (EMRS).

Kesemua mangsa yang terdiri dari 3 lelaki dan 4 perempuan telah keluar sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba di tempat kejadian. 

Mereka di beri rawatan awal terlebih dahulu oleh pihak perubatan dengan pasukan EMRS sebelum di hantar ke hospital dengan menggunakan kenderaan ambulans dengan jentera kecemasan (EMRS)

Operasi anggota bomba tamat pada jam 6.21 pagi selepas melakukan pemeriksaan untuk memastikan keadaan tidak membahayakan pengguna jalanraya yang lain.