KEBAKARAN RUMAH PEKERJA DI SEBUAH LADANG SAWIT DI LAHAD DATU

Rumah pekerja dua pintu di sebuah ladang sawit musnah dalam kebakaran di Lahad Datu

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU :  Sebuah rumah pekerja dua pintu jenis tidak kekal sebuah ladang sawit yang terletak 35 KM dari sini musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu terima panggilan berhubung kejadian pada jam 11:41 pagi. 

Dua buah jentera bomba, sebuah jentera EMRS dan kenderaan utiliti bersama sembilan orang anggota yang diketuai oleh Ketua Balai PPgB Darren John telah respon.

Pasukan Bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan alat salur bantu “hose reel” dari jentera untuk memadam kebakaran. Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan terlibat. 

Kebakaran dapat dikawal pada jam 12:39 tengahari sebelum dipadam sepenuh oleh pasukan Bomba.  

Pasukan Bomba kemudian bergerak balik ke balai selepas operasi pemadaman tamat pada jam 1.01 petang.