KEBAKARAN RUMAH SETINGGAN DI TAWAU

Kebakaran di kawasan setinggan Kampung Kinabutan Kecil, Tawau pagi ini
By Ahmad Tamrin
TAWAU: Lapan puluh enam buah rumah di kawasan setinggan Kampung Kinabutan Kecil dekat sini musnah dijilat api pagi ini.
 
Maklumat terkini yang diperolehi dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah setakat jam 2.50 petang anggaran kemusnahan 86 buah rumah yang membabitkan keluasan keseluruhan kawasan yang terbakar 2 ekar.
Menurut PGO, panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 berhubung kebakaran tersebut diterima pada jam 10.36 pagi .
Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau respon ke tempat kejadian dengan menggunakan 2 buah jentera, 1 buah jentera tangki air dan 1 buah EMRS diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharudy Delamin bersama 33 orang pegawai dan anggota.
Kawasan kebakaran terletak sejauh 8KM daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tawau.
Agensi lain yang juga terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran ialah polis, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam. Turut hadir pasukan Penyiasatan (Forensik) JBPM Sabah untuk membantu siasatan kebakaran.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 11.36 pagi sebelum api  dipadam sepenuhya pada jam 1.00 petang. Tiada melibatkan kecederaan dan kematian mangsa dilaporkan.
Operasi pemadaman kebakaran tamat pada jam 1.45 petang .