Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Seorang saspek berumur 22 tahun ditangkap oleh polis bersabit satu kes pecah masuk pejabat yang berlaku kelmarin.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata saspek tersebut ditangkap dalam serbuan keatas sebuah bilik, di Jalan Dam pada lebih kurang jam 1.30 pagi hari ini selepas pihak polis menerima aduan dari seorang wanita berumur 39 tahun berhubung kejadian.
Menurut Nasri, pihak polis berjaya merampas sekeping resit pembayaran hotel dan satu unit kunci bilik hotel,
sebuah komputer riba berserta beg, sebuah mesin pencetak dan sebuah kereta ekoran penangkapan saspek.
Siasatan pihak kami mendapati saspek mempunyai empat kesalahan lampau dan juga positif dadah jenis Methamphetamine setelah ujian saringan air kencing, kata Nasri.
Nasri memberitahu bahawa saspek dan barangan rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad