KEBAKARAN VAN DI BANDAR TAWAU

Pasukan Bomba memadam kebakaran van di Jalan Milimewa, Bandar Tawau pagi ini

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU: Sebuah van jenis Nissan Vanette musnah terbakar di Jalan Millimewa dekat bandar pagi ini.

Balai Bomba dan Penyelamat Tawau terima panggilan kecemasan melalui  MERS 999 pada jam 11:31 pagi dan seterusnya respon ke tempat kejadian melalui jarak 1km daripada balai dengan menaiki dua buah jentera yang diketuai oleh PBK II Hajim Abd Malak bersama 6 orang anggota.

Pasukan Bomba berusaha memadam dan mengawal kebakaran tersebut sehingga kawasan persekitaran diistyihar selamat daripada kemerbahayaan lain.

Operasi terkawal pada jam 11:46 pagi dan operasi tamat pada jam 11:48 pagi. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *