Kami belia tunjang negara, suara belia perlu di dengar
Oleh Aissac Bjsim
KOTA MARUDU: Kerajaan Perseketuan dan Kerajaan Negeri perlu mendengar keperluan para belia di negeri ini terutaman bagi menyediakan kemudahan bagi para beli khusunya bagi menjalankan pelbagai aktiviti sukan, riadah dan kemasyarakatan bagi menjamin kelangsungan program dan keperluan belia masa kini.
Ahli Perlimen Belia Malaysia (Kota Marudu) Azim Hj Suot berkata, suara belia khasnya dari kawasan tersebut memang perlu didengar dan diberikan perhatian oleh pihak kerajaan memandangkan keperluan seperti dewan latihan dan juga kemudahan sukan dianggap sebagai nadi kepada kejayaan yang memberikan sumbangan berharga kepada negeri dan Negara amnya.
“Saya akan berusaha untuk menyampaikan suara dan kehendak para belia disini kepada pihak menteri yang berkenaan demi mengatasi kekurangan kemudahan yang dimaksudkan, agar perkara tersebut tidak berterusan.
Terdapat beberapa keperluan para belia disini seprti gimnasium rakyat, dewan latihan tertutup atau kompleks sukan, serta juga tidak dilupakan peranan belia dalam kegiatan keagamaan” katanya.
Pada masa yang sama para belia khususnya pemimpin belia akar umbi disarankan merebut peluang yang diberikan pihak Jabatan Belia dan Sukan untuk mengaktifkan kegiatan belia masing-masing agar tidak tersisih dari melakukan aktiviti yang dirancang persatuan masing-masing, katanya pada majlis Forum belia yang diadakan disebuah hotel di sini pada Isnin lalu.
Sementara itu seorang lagi Ahli Perlimen Belia Mohd. Nur Hamim Jaidi mahu agar suara belia perlu dimantapkan.
Melalui forum belia seumpama itu akan dapat menghimpunkan dan mendengar keperluan dan kehendak para pemimpin belia dan pada masa yang sama dapat bertukar-tukar fikiran dan maklumat berhubung perkembangan ekonomi, pendidikan, peluang pekerjaan dan juga agama selain mendekatkan lagi hubungan para pemimpin belia khususnya.

Sementara itu seorang lagi pemimpin belia Zulhairi Mohd.Daud yang juga jurulatih Seni Silat Warisan Kota Marudu, memohon perhatian pihak Kerajaan bagi membina sebuah dewan latihan tertutup bagi kegunaan latihan, memandangkan persatuan tersebut setakat ini telah menyumbangkan beberapa pingat emas untuk Sabah pada sukan SUKMA dan ada pula ahlinya mewakili Malaysia ke sukan Asia dalam sukan tersebut.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ