KEDAI TAYAR DI JALAN HOT SPRING , TAWAU MUSNAH DALAM KEBAKARAN

Anggota Bomba memadam kebakaran di Jalan Hot Spring, Tawau semalam

Oleh Ahmad Tamrin

TAWAU: Sebuah kedai tayar musnah dalam satu kebakaran di Jalan Hot Spring yang terletak 7 KM dari sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.46 malam dan pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau dikerah untuk respon.

Pihak Bomba telah bergegas ke tempat kejadian dengan menggunakan 2 jentera FRT, 1 Water Tanker dan 1 Emergency Medical Rescue Services (EMRS) diketuai oleh Ketua Balai Bomba PKPgB Sharudy Delamin bersama 16 orang anggota.

Sebuah kedai jenis kekal terbakar 80% dan kebakaran dapat dikawal pada jam 11.14 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.32 malam.  


Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kebakaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *