SANDAKAN AMAT MEMERLUKAN LEBIH BANYAK PERKHIDMATAN PAKAR UNTUK PESAKIT JANTUNG

Vivian melawat Syaril di Wad Pediatrik , Hospital Duchess of Kent Sandakan

SANDAKAN : Daerah Sandakan amat memerlukan lebih banyak perhidmatan pakar untuk pesakit jantung, kata Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong.

Beliau sedih dan kesal kerana seorang bayi baru berusia 6 bulan disini yang di diagnosis dengan penyakit jantung kongenital (jantung berlubang) juga terpaksa menunggu masa yang lama berikutan Hospital Duchess Of Kent Sandakan kekurangan pakar berkenaan.

“Saya difahamkan bayi yang bernama Syaril ini juga memerlukan pembedahan jantung dengan segera,” katanya.

Berat badan bayi ini juga menurun dengan cepat dalam beberapa bulan ini kerana  imunitinya sangat lemah.

Katanya, bayi ini juga telah mendaftar dan masuk ke dalam senarai menunggu.

Tetapi kini kadar kejayaan pembedahan juga difahamkan hanya separuh.

Tambahnya, beliau juga difahamkan bahawa pihak hospital juga mengkategorikan kes Syaril sebagai kurang kecemasan,

Oleh itu Syaril tidak dapat menerima rawatan yang utama atau segera.

Vivian mengetahui perkara ini semasa beliau melawat keluarga bayi itu di Taman Mawar.

Bapa bayi berkenaan merupakan seorang mekanik manakala ibunya merupakan seorang suri rumah dan keadaan keluarga mereka juga miskin.

Vivian berharap pihak kerajaan dan berkenaan boleh mengambil maklum berkenaan masalah bayi ini yang mempunyai penyakit jantung kongenital sebagai contoh dan membina hospital yang lebih di Sandakan, Beluran dan Telupid supaya penduduk tempatan akan dapat menerima perkhidmatan perubatan yang lebih baik.

Beliau berkata Hospital Duchess Of Kent Sandakan juga kini sentiasa mengalami masalah kekurangan kakitangan dan peralatan perubatan turut sentiasa rosak dan tidak dapat digunakan seperti biasa.

Ini menyebabkan kakitangan  tidak dapat bekerja seperti biasa dan pesakit tidak dapat menerima rawatan yang sesuai dan rakyat juga tidak berpuas hati dengan hal berkenaan.

Sementara itu, Vivian berkata, oleh sebab masalah bilangan pakar pediatrik yang tidak mencukupi di negara ini, setiap pakar pediatrik juga perlu menjaga pesakit dari beberapa negeri dalam masa yang sama.

“Keadaan ini menjadikan pakar pediatrik hanya datang ke Sandakan sekali setiap dua bulan.” Katanya.

Beliau menerangkan selain daripada masalah kekurangan pakar pediatrik, pada masa yang sama, Sabah juga mengalami masalah kekurangan pakar hematologi dan pakar nefrologist.

Ketika ini, difahamkan ia juga hanya mempunyai satu untuk setiap pakar di Kota Kinabalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *