Kelantan sedia wifi percuma untuk rakyat

[ad_1]

KOTA BHARU, 21 Jan (Bernama)

Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan kemudahan jalur lebar tanpa wayar atau wifi secara percuma di 10 lokasi tumpuan sekitar Kota Bharu bagi kemudahan rakyat.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pembangunan kemudahan bernilai RM225,000 itu disediakan melalui khidmat sosial Infra Quest Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

“Pelaksanaan wifi percuma ini salah satu pelan induk pembangunan mampan Kelantan pada tahun ini dalam memastikan kita bergerak selaras teknologi digital. Ia juga salah satu janji dalam manifesto kita pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lepas.
…..



[ad_2]