KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput menjalankan tanggungjawab sosial dengan menderma darah pada 28 dan 29 Disember ini bertempat perkarangan Bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bermula dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, kempen adalah anjuran bersama Event Finder, DBKK dan dibantu oleh Jabatan Transfusi Darah Hospital Queen Elizabeth II.
“Pihak penganjur menyediakaan goodies berbentuk beras sebanyak 50 kampit sebagai penghargaan kepada 50 orang penderma terawal.
“Saya menyeru kepada orang ramai terutama di sekitar Kota Kinabalu agar sama-sama hadir menderma darah,” kata Alix.

More Stories
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya
596 calon tanding PRN Sabah, bakal rebut 73 kerusi DUN