[ad_1]
TANAH MERAH, 25 Dis — Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor (dua, kanan) menyampaikan duit Bantuan Persekolahan kepada Haikal Irfan Muhamad Sofi, 10, (dua, kiri) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja Satu hari ini.
Turut hadir Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah (PAKAT) Wan Ibrahim Wan Yusoff (kanan)
— fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata sebahagian besar kemudahan pinjaman itu bagi membantu peniaga dan usahawan kecil serta sederhana.
“Kemudahan pinjaman disediakan antara RM5,000 hingga RM100,000 terbukti berjaya membantu usahawan memajukan perniagaan masing-masing.
“Misalnya seorang usahawan di Terengganu kini berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM20 juta setahun hasil pinjaman permulaan sebanyak RM5,000 daripada TEKUN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penyampaian Bantuan Persekolahan di sini, hari ini.
Pada majlis itu 150 pelajar kurang bernasib baik dari daerah itu menerima bantuan RM100 setiap seorang.
Mohamad Suparadi berkata TEKUN mahu menjadi pelopor dalam membantu peniaga dan usahawan kecil serta sederhana maju dalam pelbagai bidang perniagaan.
“Kami juga telah menyalurkan RM465 juta pembiayaan kepada 51,972 usahawan di Kelantan dalam tempoh sama.
“Kelantan adalah negeri terawal operasi TEKUN bermula kerana di negeri ini ramai peniaga dan usahawan kecil serta sederhana yang menceburi bidang perniagaan,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya