Oleh: Cyn J.
KOTA KINABALU, 26 Mei – kadar pertukaran Ringgit kepada Singapore Dollar kini mencatat rekod paling tinggi dalam sejarah iaitu $1=RM3.20.
Menurut Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah, mungkin terdapat sebilangan orang yang gembira dengan berita ini termasuk Menteri Besar Johor dan segelintir peniaga-peniaga di Johor Bahru yang bergantung kepada pelanggan atau pembeli dari Singapura mendukung perniagaan mereka.
“Dengan kadar nilai pembelian yang lebih tinggi sememangnya lebih ramai rakyat Singapura yang dijangka akan masuk ke Johor untuk membeli-belah.
“Walau bagaimanapun, kenaikan nilai Singapore dollar ini adalah satu ‘double edge sword’,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, sekiranya ada orang yang gembira tentu sahaja ada orang yang terasa kesan negatifnya.
“Dengan kenaikan Singapore dollar, gaji yang ditawar di Singapura akan menjadi lebih lumayan. Bayangkan, baru-baru ini diviral, seorang pekerja cleaner di Singapura boleh dapat gaji basic $2,500 atau persamaan RM8,000 sebulan!
“Ini baru sektor pembersihan, ramai pekerja tempatan terutamanya dalam sektor perkhidmatan kini menyaksikan satu penghijrahan beramai-ramai dari Johor selatan ke Singapura akibat tarikan Singapore Dollar yang begitu menarik.
“Ia merupakan satu godaan yang memang sukar ditolak. Dari pemandu grab hingga pelayan restoran, ramai telah tiba-tiba hilang sebaik saja sempadan dengan Singapura dibuka balik bulan lepas. Tanpa satu sumber tenaga pekerja yang konsisten, adalah sangat sukar untuk industri tempatan untuk membangun dan juga menarik pelabur asing ke negeri.
Selain itu, menurutnya, kadar inflasi yang kian naik dan harga barang dan makanan asas melampung tanpa henti, kenaikan Singapore Dollar dan US Dollar sebenarnya telah membawa kesan lebih negatif kepada ekonomi asas negeri Johor.
“kemasukan begitu ramai pembeli dari Singapura, kini orang tempatan kena bersaing dengan mereka untuk barang-barang, terutamanya barang-barang harian dan asas.
“Ini tentunya akan mengakibatkan harga barang naik memandangkan permintaan lebih daripada pembekalan (demand more than supply). Hakikatnya, barang dan makanan di Johor Selatan akan jadi lebih mahal.
“Peniaga terpaksa menaikan harga barang kepada barang diimpot adalah dalam US Dollar dan yang ada daya pembelian pada keadaan sekarang adalah orang Singapura. Justeru, persoalan sekarang apa yang akan jadi kepada warga Johor biasa jika ini berterusan?,” tambahnya.
More Stories
Keputusan SPM diumum 24 April
Lelaki tipu jual beli emas ditahan polis
Tamu Dongongon berwajah baharu apabila siap dinaik taraf April 2026