KOTA KINABALU, 26 Mei — Sebanyak 4,000 skrin pengiklanan digital dan 48 skrin gergasi akan di pasang di seluruh Sabah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Yunus Property Consultant Sdn Bhd, Teknologi “programmatic advertising on digital billboard” Ini akan membantu usahawan dan peniaga kecil mempromosikan perniagaan perkhidmatan dan produk mereka.
“Inisiatif ini turut membantu memberikan kecekapan yang tinggi tanpa menggunakan cara konvensional,” jelas kenyataan itu.
Selain itu, jelasnya kadar pengiklanan yang berpatutan oleh pengendali projek ini dikatakan lebih murah dan mampu ditanggung oleh usahawan sederhana.
Kerjasama antara kedua pihak Yunus property Sdn Bhd dan Sky Blue Media Sdn Bhd secara tidak langsung memodenkan lagi kawasan bandar di Sekitar negeri Sabah.
More Stories
Kebakaran dapur di Kedai Lama Papar hasil tindakan pantas Bomba
Labuan dikenal pasti sebagai hab global industri tuna – Zaliha
JANS digesa peka aduan gangguan bekalan, masalah tekanan air rendah