Keputusan PRK Semenyih mesej rakyat kepada PH

[ad_1]

IPOH, 3 Mac (Bernama) — Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih merupakan mesej rakyat yang perlu dipertimbangkan sewajarnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama mengenai kos sara hidup, kata Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK itu semalam, bukan kerana rakyat menyokong parti itu dan UMNO, tetapi ia mesej jelas daripada rakyat agar kerajaan mempertimbangankan sebaik-baiknya keperluan mereka.

“Keputusan PRK Semenyih semalam adalah keputusan jelas daripada rakyat dan kita perlu menghormatinya. Saya rasa kos sara hidup adalah isu ditegaskan oleh rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pendengaran Malaysia di sebuah pusat membeli belah di sini hari ini.
…..



[ad_2]