Keputusan SPM 2018 diumum 14 Mac

[ad_1]

PUTRAJAYA, 6 Mac (Bernama) — Seramai 421,706 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan mendapat keputusan peperiksaan mereka pada 14 Mac ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu seramai 362,754 merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan (9,427); sekolah menengah agama negeri (8,160); sekolah menengah agama rakyat (2,059); sekolah swasta (14,001); dan calon persendirian (25,305).

Menurut KPM, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri.
…..



[ad_2]