Kerajaan akan semak semula perjanjian RM3.46 bilion MLFF

PETALING JAYA: Kerajaan akan menyemak semula perjanjian berkait projek Aliran Bebas Pelbagai Lorong (multi-lane fast flow atau MLFF) bernilai RM3.46 bilion, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar beri jaminan proses tersebut akan berjalan dengan telus, mengikut amalan biasa.

“Kita akan lihat semula keseluruhan proses tersebut sama ada ianya dipatuhi.

“Kita akan melalui proses biasa, tiada asas untuk mengandaikan prosesnya melalui tender rundingan terus, ia akan melalui proses yang telus,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kota Damansara.

Sebelum ini, FMT dengan memetik sumber melaporkan 32 syarikat konsesi lebuh raya membantah langkah kerajaan menandatangani ‘perjanjian pelantikan’ dengan sebuah syarikat, berkait MLFF.

Perjanjian itu dikatakan ditandatangan pada 17 Nov 2022, bagi penganugerahan projek tanpa berunding dengan syarikat konsesi yang akhirnya akan menanggung kos itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL