Kerajaan boleh ambil tindakan terhadap ibu bapa yang abaikan kesihatan anak

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Terdapat peruntukan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan kesihatan anak-anak mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Beliau berkata terdapat peningkatan kes melibatkan kematian kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mengambil vaksin untuk pelalian, dan ibu bapa bertanggungjawab ke atas perkara itu.

“Kami perlu mula melihat untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang tidak mahu mengambil vaksin untuk anak mereka. Kami bukan hanya mengambil berat kesihatan anak-anak mereka, bahkan kesihatan kanak-kanak lain juga.

Doktor telah menekankan terdapat peruntukan dalam Akta Kanak-kanak sekiranya terdapat pengabaianÂ… dan ini adalah isyarat jelas kerana terdapat kes kematian dan apa yang kami tunggu lagi, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Autsome Sunway Putra Mall, di sini hari ini.
…..



[ad_2]