SANDAKAN: Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Libaran menyatakan bahawa gangguan bekalan air yang kerap berlaku di daerah Sandakan perlu segera ditangani oleh Jabatan Air Negeri Sabah.
Gangguan bekalan yang berlaku dua hingga tiga kali sebulan menjejaskan kehidupan rakyat di daerah ini, bukan sahaja kepada pengguna domestik tetapi kepada peniaga, kata pengerusi Amanah Sabah Haris Alimudin.
Haris yang juga Ketua Penyelaras Amanah kawasan Libaran turut menyatakan bahawa gangguan bekalan yang berlalu tanpa notis awal yang mencukupi menyebabkan pengguna tidak dapat menyimpan bekalan air yang mencukupi apabila gangguan berlaku lebih dari sehari.
Kami juga menyatakan bahawa gangguan bekalan air memberikan kesan besar kepada peniaga-peniaga yang banyak menggunakan air bagi menjalankan perniagaan. Kegagalan JANS mempastikan gangguan bekalan tidak berlaku akan mengganggu imej daerah Sandakan kepada pelabur luar, tambah beliau.

Amanah Kawasan Libaran menyatakan bahawa kawasan yang sering terlibat dengan gangguan bekalan air adalah kawasan perumahan yang berkepadatan tinggi dan setiap kali gangguan berlaku ia memerlukan masa yang panjang untuk dipulihkan, katanya lagi.
Haris menggesa agar kerajaan khususnya Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony, untuk melihat permasalahan ini dengan lebih serius dan mempastikan kehidupan rakyat tidak terjejas dan terkesan.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ