PERBARISAN TAHUNAN ST JOHN AMBULANS KAWASAN SANDAKAN

Calvin (baju kelabu) sedang memeriksa perbarisan sempena sambutan Perbarisan Tahunan St John Ambulan Malaysia, Kawasan Sandakan

SANDAKAN Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong telah merasmikan Perbarisan Tahunan St. John Ambulans Malaysia (SJAM)  Kawasan Sandakan hari ini.

Perbarisan Tahunan ini telah dilangsungkan di ibu pejabat SJAM Sandakan bermula pada pukul  9:30 pagi.

Acara ini disertai oleh ahli-ahli, pegawai-pegawai divisi dan guru-guru penasihat sekolah dari sekolah menengah, sekolah rendah dan Unit dewesa dari kawasan Sandakan.  Jumlah anggota yang hadir adalah seramai 200 orang.

Presiden St. John Ambulans Kawasan Datuk Kong Kwok Wah dalam ucapan berkata

St. John Ambulans Kawasan Sandakan telah menjalankan banyak aktiviti untuk ahli dan komuniti sejak 1952, selama  67 tahun. Kekuatan ahli hampir 4,500 dari 18 divisi sekolah menengah, 18 divisi sekolah rendah dan 2 divisi dewasa.

Kong berharap pegawai-pegawai dan ahli St. John bukan sahaja mempunyai kemahiran asas tetapi perlu menguasai kemahiran peringkat tinggi untuk menyahut cabaran global hari ini dalam bidang pertolongan cemas.

Beliau menyatakan perkhidmatan ambulans pengangkutan (menghantar pesakit ulang-alik dari rumah dan hospital) yang dijalankan oleh St. John Kawasan Sandakan telah mendapat sambutan baik pihak yang memerlukan perkhidmatan ini, sekurang-kurangnya 6 kali sebulan.

Beliau berhasrat meningkatkan perkhidmatan ambulans kecemasan, dengan melengkapkan kereta ambulans dengan peralatan pertolongan cemas. 

Dengan itu, beliau menyeru ahli-ahli melengkapkan diri dengan kemahiran perkhidmatan Ambulans kecemasan.  Dalam aspek ini St John Kawasan Sandakan perlu berkerjasama dengan pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Duchess of Kent Sandakan. Kong turut menyampaikan sijil-sijil kepada peserta St John.

Turut hadir dalam majlis pembarisan ialah pegawai-pegawai negeri, presiden Majlis Belia,  Sabah, Presiden Gabungan Majlis Belia Sandakan dan wakil Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan

Majlis Perbarisan telah berakhir pada pukul 12 tengahari.

Sempena Pembarisan ini, Calvin Chong telah menyampaikan peti pertolongan cemas berlogo St John kepada divisi yang hadir. Beliau mengingat mereka mengisi kandungan peti pertolongan cemas untuk sebarang kecemasan di rumah, sekolah dan tempat kerja kerana malang tidak berbau.

Dalam majlis perbarisan ini, Chong berharap kempen “sukarelawan tanpa uniform” oleh St John Ambulans dipertingkatkan memandang ramai orang hanya suka membantu pada bila-bila masa tanpa memakai uniform. Sukarelawan ini boleh memberi khidmat bantu dalam kepakaran masing-masing.

Chong turut menyampaikan pingat kenaikan pangkat kepada 4 orang pegawai St John Kawasan Sandakan.