KERAJAAN DIMINTA MENANGANI MASALAH KEKURANGAN KATIL DI HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN

SANDAKAN: Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan ketika ini yang hanya mempunyai 400 katil tidak dapat memenuhi keperluan pesakit sekitar Sandakan, Beluran dan Kinabatangan yang melebih daripada 500,000 orang dengan sepenuhnya.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong (gambar) , berkata, Pantai Timur Sabah yang mempunyai kira-kira setengah dari jumlah penduduk seluruh Sabah, sebesarnya tidak dapat menikmati perkhidmatan perubatan yang lebih baik. 

“Masalah ini telah wujud dalam tempoh masa yang lama.” Katanya.

“Kita memerlukan pihak kerajaan dan pihak berkenaan segera mengambil tindakan secara aktif untuk menangani masalah ini,” tambahnya.

Beliau berkata, di seluruh Sabah, ia juga hanya mempunyai satu pusat pakar jantung yang terletak di Kota Kinabalu. 

Apabila Sandakan mempunyai pesakit yang mengalami keadaan yang semakin tidak baik atau memerlukan perhatian segera, pesakit tersebut perlu menaiki kereta sekurang-kurangnya 6 jam atau menaiki kapal terbang yang secepat 40 minit untuk pergi ke Kota Kinabalu bagi menerima rawatan di ibu negeri. 

“Ini juga mengambil masa yang lama untuk perjalanan berkenaan dan secara tidak sengaja menyebabkan usaha penyembuhan memakan masa agak lama,” katanya.

Beliau menyatakan perkara ini semasa sesi perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada Menteri Kewangan yang telah mengumumkan dan memberi RM10.8 juta kepada HDOK Sandakan untuk meningkatkan kemudahan perubatan pada pertengahan tahun ini. 

Vivian juga berharap dalam Rancangan Malaysia Ke-12,  Sandakan juga akan mendapat lebih banyak dana untuk menjalankan sistem penaiktarafan berkenaan.

Dalam sesi perbahasan sama, Vivian berkata, bagi masalah gangguan air dan elektrik yang sentiasa berlaku di Sandakan, beliau juga mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan untuk memulakan semula Projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP), atau mempercepatkan Projek Mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk menyempurnakan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah.

Beliau berkata, kuasa rizab di kawasan Pantai Timur Sabah adalah minus 33 peratus. 

“Kita memerlukan pihak kerajaan untuk memberi lebih banyak usaha bagi mengukuhkan kemudahan bekalan elektrik yang mendesak ini supaya penduduk tempatan tidak akan mengalami gangguan air dan eletrik lagi,” tambahnya.

Mengambil Sandakan sebagai contoh, sekiranya bekalan kuasa terganggu, pam air stesen penyimpanan air juga akan terjejas dan tidak dapat beroperasi dengan baik. 

“Tambahan pula akan menjejaskan bekalan air paip di kawasan Sandakan,” kata Vivian.