[ad_1]
PUTRAJAYA, 20 Mac (Bernama) — Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) sedang mengkaji keperluan untuk mewujudkan Mahkamah Tinggi Khas (Rasuah) dan Mahkamah Rayuan Khas (Rasuah) bertujuan mempercepat perbicaraan kes-kes rasuah.
Menurut Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat JKKMAR semalam.
“Untuk makluman, ketika ini Mahkamah Khas Rasuah telah wujud di peringkat Mahkamah Sesyen,” demikian menurut GIACC dalam kenyataannya hari ini.
GIACC berkata mesyuarat tersebut turut bersetuju dengan cadangan menambah jumlah Mahkamah Sesyen Khas Rasuah sebagai sebahagian daripada penambahbaikan bagi mempercepat perjalanan kes tertunggak di mahkamah.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu