KUNAK: Ketua menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata usaha kerajaan Sabah menuntut balik pentadbiran Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tergendala selepas pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) enggan menyerahkannya.
Katanya, pengambilalihan itu hampir menjadi kenyataan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad namun ianya tidak menjadi kenyataan selepas PN memerintah.
Beliau berkata, masalah elektrik di Sabah tidak pernah diselesaikan sejak SESB ditadbir oleh persekutuan dan oleh sebab itu kerajaan negeri perlu mengambilalih bagi menangani masalah berkenaan.
”Ada elektrik lepas itu putus-putus, ada kampung yang tidak ada elektrik langsung yang itu saya telah bincang dengan Tun Mahathir, saya bagitau Tun Mahathir saya mahu ambil balik SESB.
”Baik negeri Sabah yang tadbir dan kita akan uruskan bekalan elektrik di negeri Sabah ini dan dia pun sudah bersetuju.
”Tapi malangnya semalam saya difahamkan saya terima maklumat Kerajaan Persekutuan kerajaan yang ada sekarang ini menangguhkan pula, dia tangguh pula tidak mahu bagi dengan kerajaan negeri Sabah,” katanya di Kunak, semalam.
Sebelum ini, Kerajaan Sabah telah melakukan rundingan intensif bersama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) untuk mengambil alih SESB.
Shafie berkata, usaha menuntut SESB perlu diteruskan demi masa depan anak-anak Sabah.
”Tidak apa kita harap ianya kita akan dapat teruskan untuk kita pastikan bahawa penyerahan ini walaupun banyak belanja dia tapi saya tidak mahu rakyat kita di dalam kegelapan.
”Dalam keadaan susah kadang-kadang itu bila sampai malam anak-anak tidak boleh belajar kerana tidak ada bekalan elektrik jangan cerita nampak tv, jangan cakap pendingin hawa, nak belajar pun tidak cukup kerana bekalan elektrik tidak mencukupi,” tegas beliau.-http://beritasabah.com
More Stories
Konvensyen UPKO untuk permerkasaan parti dan perjuangan rakyat: Ketua Penerangan
STAR, PBS dijangka tandatangani MoU Khamis ini
Saya masih Pengerusi PKR Sabah yang sah – Sangkar Rasam