Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam pertembungan dua kenderaan di Jalan Sook – Nabawan berhampiran sebuah kilang di sini kelmarin.
Menurut Utusan Borneo, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Razlan Aridy memaklumkan kejadian jam 5.58 petang itu membabitkan kereta pacuan empat roda dan lori treler.
“Pasukan bomba dari BBP Sook seramai tujuh orang kemudiannya melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu kenderaan pacuan empat roda dengan menggunakan peralatan kebombaan.
“Mangsa berumur 54 tahun itu berjaya dikeluarkan selepas hampir sejam sebelum dihantar ke hospital menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Menurutnya seorang lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 6.50 petang.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ