KOTA KINABALU: Polis akan menyerahkan kertas siasatan kes kemalangan maut yang mengorbankan dua beradik di Jalan Kepayan, di sini, Jumaat lalu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata ketika ini pihaknya sedang menyiapkan siasatan ke atas seorang suspek lelaki yang dipercayai menjadi punca kemalangan itu.
“Suspek berusia 22 masih dalam tahanan reman sehingga esok dan kita akan melengkapkan siasatan secepat mungkin untuk diserahkan kepada timbalan pendakwa raya esok.
“Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 44(1)(b)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kasim berkata, tempoh tahanan reman ke atas suspek juga mungkin disambung bagi melengkapkan siasatan.
Terdahulu, dalam kejadian 2.35 pagi, pada 30 Ogos lalu, dua beradik wanita terbabit ditemui rentung dalam keret Perodua Axia selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di lampu isyarat KKIA, Jalan Kepayan, di sini.
Siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang datang dari arah Tanjung Aru ke arah Putatan melanggar kereta mangsa.
Pelanggaran itu menyebabkan kereta mangsa berpusing masuk ke lorong tengah lalu melanggar bahagian tepi kanan sebuah lagi kereta jenis Perodua Viva.
Akibat kejadian itu, Perodua Axia terbabas ke bahu jalan berdekatan jejantas lalu terbakar.
Kedua-dua mangsa di dalam kereta Perodua Axia dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth I (HQEI). – Info X
More Stories
Miliki petrol tanpa lesen,dua lelaki didenda RM10,000 dan RM6,000 seorang lagi dipenjara
Wisma Putra ambil maklum kehadiran kapal tentera laut asing di EEZ Malaysia
Tiga individu diserang memerang ketika berjoging