Ada satu kluster baru di Sabah ini hari dengan jumlah kes positif baru Covid-19 sebanyak 287 kes.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun bagi tau, Kluster Pulutan, Nabawan ada 11 kes kesemuanya.
Sementara itu di bilang, daerah Tawau mencatatkan jumlah kes paling tinggi semalam iaitu sebanyak 49 kes, diikuti Kudat 44 kes.
Katanya, Kunak mencatatkan 39 kes, Lahad Datu 28 kes, Kota Kinabalu 22 kes, Kota Belud 15 kes, Putatan 14 kes, Papar 12 kes, Sandakan 11 kes, Kinabatangan 11 kes, Tenom 7 kes dan Telupid 7 kes.
Dalam pada itu katanya, Semporna, Penampang dan Nabawan masing-masing mencatatkan 6 kes. Sementara Tuaran 3 kes, Keningau 2 kes dan Kuala Penyu 2 kes.
Katanya, enam daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes ialah Kalabakan, Beluran, Tongod, Kota Marudu, Ranau dan Pitas.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ