Kes Covid-19 ini hari turun lagi mau dekat angka 5,000

Kementerian Kesihatan melaporkan 6,709 kes harian baharu Covid-19 dan 10,833 pesakit sembuh.

Ini menjadikan keseluruhan 2,206,502 daripada 2,346,303 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 762 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 702 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 60 disyaki dijangkiti.

Sementara itu, 398 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 298 pesakit Covid-19 positif dan selebihnya 100 disyaki positif.

Hisham berkata, 6,703 jangkitan tempatan hari ini, terdiri daripada 6,454 warganegara dan 249 lagi bukan warganegara. Terdapat juga enam kes yang diimport.

Tambahnya, daripada jangkitan baharu itu, hanya 2.1% adalah kes Kategori 3, 4 dan 5.

Sementara itu, nilai R-Naught negara direkodkan berada pada kadar 0.87, dengan Putrajaya mempunyai kadar R-Naught tertinggi 1.05.

Negeri lain mencatat nilai R-Naught 1, manakala Perlis (1.03) dan Negeri Sembilan (1.02).