Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 1,828 kes baru Covid-19, berbanding 2,437 semalam, yang mana 1,821 kes penularan tempatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga melaporkan 2,486 pesakit sembuh dan lima kematian.
Ketika ini, 25,542 pesakit sedang dirawat dengan 198 pesakit di unit rawatan rapi, dan 90 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Sehingga kini, jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh 275,903 daripada 302,580 kes, dengan 1,135 kematian.
Johor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 490 kes.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 453 kes (92.4%) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 453 kes (24.8%) dan Sarawak sebanyak 220 kes (12.0 %),” katanya.
Ini diikuti Negeri Sembilan (167), Perak (144), Sabah (104), Pulau Pinang (85), Kuala Lumpur (75), Kelantan (36), Kedah (16), Terengganu (15), Melaka (lapan), Pahang (lapan), Putrajaya (enam) dan Perlis (satu) manakala tiada kes dilaporkan di Labuan hari ini.
Hisham berkata, 113 kes baharu dilaporkan itu berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Tembok Tapah (80 kes), Kluster Telok Mas (tujuh kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (tujuh kes), Kluster Tembok Taiping (enam kes), Kluster Penjara Seberang Perai (lima kes), Kluster Tembok Bendera (empat kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (tiga kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (satu kes).
Beliau berkata, lima kematian dilaporkan hari ini iaitu masing-masing dua di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta satu di Melaka.
“Kesemua kes melibatkan warganegara,” katanya.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad