Kes hari ni turun sikit, ada 5,271 kes baru dan 82 mati kena Covid-19

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,271 kes baharu Covid-19, sementara 82 angka korban dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia adalah hari keempat berturut-turut negara mencatatkan penurunan dalam angka jangkitan.

Semalam, negara merekodkan 6,241 kes dengan 87 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 622,086 kes.

Dalam kenyataan, Noor Hisham berkata Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 1,374 kes

Ia diikuti Sarawak (703), Negeri Semiblan (571), Kuala Lumpur (455), Johor (355), Kelantan (341), Sabah (336), Labuan (209), Kedah (194), Melaka (178), Perak (177), Penang (153), Terengganu (117), Pahang (99), Putrajaya (8) and Perlis (1).

Daripada jumlah kes baharu itu, 14 kes import dan baki 5,257 adalah penularan tempatan.

Katanya, terdapat 84,269 kes aktif, dengan 447 daripada 902 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan 7,548 dengan jumlah kumulatif sebanyak 534,357 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 3,460.

Selain itu, Hisham berkata masing-masing empat kes di Sarawak, Perak, dan Kelantan, dua kes di Wilayah Persekutuan Labuan, serta masing-masing satu kes di Sabah, Melaka, Terengganu, dan Pulau Pinang.

“Kes kematian itu membabitkan 80 warganegara dan dua bukan warganegara

“Korban termuda berusia 24 tahun manakala paling tua berusia 96 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok.” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *