Kes harian COVID-19 di Sabah turun naik, ini hari 57 kes berbanding kemarin 115

Rekod turun naik kes harian COVID-19 di Sabah masih berterusan dengan 57 kes baharu dilaporkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang melihat rekod kes harian itu umpama pergerakan ‘yo-yo’ tetap berkongsi kelegaan dengan penurunan kes baharu.

Namun katanya, tiada siapa tahu apa yang akan berlaku esok dengan jumlah kes baharu di negeri ini.

Beliau menerusi ciapan di akaun Twitternya sebentar tadi menjelaskan, Tawau merekodkan kes tertinggi sebanyak 22 kes diikuti Kota Kinabalu 14 kes.

“Enam kes baharu di Kalabakan kebanyakannya berkaitan dengan kluster sedia ada dan tiada kes baharu dilaporkan di 17 daerah lain,” katanya.

Selain itu, daerah Lahad Datu dan Kunak masing-masing merekodkan empat kes baharu manakala satu kes masing-masing dilaporkan di Beluran, Kota Belud, Tuaran, dan Putatan.

Daerah yang tidak merekodkan kes baharu termasuklah Telupid, Sandakan, Tongod, Kinabatangan, Semporna, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau, dan Tambunan.

Semalam Sabah merekodkan sebanyak 115 kes iaitu peningkatan sebanyak 51 kes berbanding hari sebelumnya dengan 64 kes baharu dilaporkan. – Utusan Borneo
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *