Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,517 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,535,338.
Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 21 hari, sejak October 22.
Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 1.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Kuala Lumpur (+45.3 peratus), Melaka (+31.8 peratus), Negeri Sembilan (+19.7 peratus) dan Perak (+12.7 peratus).
Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 11) di mana 6,323 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (1,568)
Kelantan (678)
Johor (649)
Sabah (579)
Sarawak (409)
Pahang (403)
Kedah (351)
Kuala Lumpur (339)
Pulau Pinang (276)
Negeri Sembilan (275)
Perak (246)
Terengganu (223)
Melaka (158)
Putrajaya (84)
Perlis (60)
Labuan (25)
More Stories
Keputusan SPM diumum 24 April
Lelaki tipu jual beli emas ditahan polis
Tamu Dongongon berwajah baharu apabila siap dinaik taraf April 2026