Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi 20,889 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, termasuk membabitkan 160 kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh hari ini mencatat rekod tertinggi dengan 16,394 pesakit pulih, menjadikan jumlah kumulatif 993,020 kes.
Menerusi kenyataan hari ini, Hisham berkata, jumlah jangkitan Covid-19 setakat ini 1,224,595 kes, dengan 221,396 kes aktif, manakala 1,096 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 549 memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, 160 kematian hari ini menjadikan jumlah kematian melebihi 10,000 dengan jumlah kumulatif sebanyak 10,179 kes.
Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 8,792.
Ini diikuti oleh Kuala Lumpur (2,483), Kedah (1,371), Sabah (1,291), Johor (1,275), Negeri Sembilan (986), Kelantan (938), Pulau Pinang (776), Sarawak (652), Perak (624) , Pahang (610), Melaka (491), Terengganu (460), Putrajaya (122), Perlis (9) dan Labuan (9).
Selangor dan Kuala Lumpur kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ