Poon memalu gong untuk merasmikan Program Kesihatan Ceramah Awam Dan Bengkel Pesakit Kanser Payudara 2019 di Sandakan
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KKKR) akan sentiasa menyokong penuh kepada aktiviti program yang melibatkan kesihatan di Sabah.
Demikian dinyatakan oleh Menterinya Datuk Frankie Poon semasa merasmikan Program Kesihatan Ceramah Awam Dan Bengkel Pesakit Kanser Payudara 2019 pagi ini.
Beliau berharap program kesihatan seperti ini akan dijalankan berterusan dan diperkembangkan lagi ke kawasan-kawasan luar bandar.
Pihak KKKR sememangnya sentiasa mengalu-alukan program kesihatan seperti ini kerana ia dapat mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan payudara dan pengetahuan tentang kanser payudara kepada masyarakat awam, khususnya di daerah Sandakan, tambah Poon.
Program sehari yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan dianjurkan oleh Pink Ribbon Wellness Foundation, Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Sandakan Pink Ribbon.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ