Poon (dua kanan) menerima cenderakenangan dari pihak penganjur setelah merasmikan Program Kepenggunaan Bersama Komuniti
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Program kepenggunaan bersama komuniti dapat memberikan manfaat kepada masyarakat.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon berharap program sebegini yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Kementerian beliau, akan dapat memberi ilmu pengetahuan kepenggunaan kepada para pengguna.
Poon mengesyorkan agar lebih banyak lagi program sebegini dapat diadakan untuk memberi manfaat kepada para pengguna khasnya komuniti yang kurang pengetahuan mereka berhubung hak-hak sebagai pengguna disamping mengetahui peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh KPDNHEP dan Kementerian beliau.
Beliau juga berharap program ini dapat melahirkan pengguna yang bijak, bermaklumat dan berpengetahuan dalam mengurus tadbir perbelanjaan isi rumah masing-masing.
Poon berkata dalam ucapannya ketika merasmikan Program Kepenggunaan Bersama Komuniti di Medan Selera Tun Abdul Razak sini hari ini.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad