Bangunan Sekolah Menengah St. Convent yang baru dibina terletak di Bukit Padang.
Oleh: Nio James
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal akan menyempurnakan majlis perasmian pembukaan bangunan baru Sekolah Menengah St.Francis Convent pada 20 Julai 2019, jam 8.30 pagi.
SM St. Francis Convent, sekolah pertama untuk pelajar perempuan di Sabah ditubuhkan pada tahun 1922. Sekolah itu kini dibahagikan kepada Tadika (yang sentiasa digabungkan), peringkat rendah dan Menengah
Sekolah itu terletak di Jalan Kebajikan (sebelum ini dikenali sebagai Harrington Road), disini sejak tahun 1959 hingga November 2018.
Sekolah itu kini telah dipindahkan ke lokasi No.2A, Jalan Kinabalu International School, Bukit Padang sejak December 2018.
CL Contractor Sdn Bhd yang dilantik sebagai kontraktor utama memulakan pembinaan bangunan baru SM St. Francis Convent pada bulan Disember 2015.
Pembinaan itu telah diselaraskan oleh Jawatankuasa Bangunan Sekolah yang diketuai Peter Chin dan berada di bawah bimbingan Lembaga Gabenor Sekolah St. Francis Convent Kota Kinabalu yang diketuai oleh Mary Florence Gomez.
(dari kiri ke kanan) David Chang Vun Poh & Henry Wong Yung Siong menyerahkan replika kunci bangunan baru SM St. Francis Convent kepada Uskup Datuk John Wong Soo Kau, Uskup Agung Keuskupan Kota Kinabalu dan Mary Florence Gomez, Pengerusi Lembaga Gabenor St. Francis semasa perasmian bangunan Sekolah Menengah St. Convent pada 5 Disember 2018.
Lembaga Gabenor Sekolah bersama dengan Jawatankuasa Bangunan sangat komited dan bersungguh-sungguh dalam memastikan bangunan baru sekolah itu siap pada tahun 2018.
Janji itu telah direalisasikan dan disampaikan sebagai hadiah harijadi untuk ulang tahun ke-50 untuk Uskup Agung Datuk John Wong, Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Ia benar-benar menjadi kenyataan apabila kontraktor utama berkenaan menyerahkan bangunan sekolah baru itu kepada Uskup Agung Datuk John Wong semasa upacara sederhana namun bermakna pada 5 Disember 2018.
Kedua-dua pengetua yang terlibat dalam projek bangunan baru itu baru adalah Chong Shat Muai yang bersara pada Disember 2017; dan Theresa Chong Mei Lan telash mengambil alih dari Shat Mui hingga sekarang.
Pengetua baru, dengan bantuan pasukan guru, kakitangan dan Persatuan Guru dan Ibu Bapa (PIBG) yang mengatur pemindahan itu dari tapak lama ke tapak baru berjalan dengan lancar.
Justeru, untuk tahun akademik baru 2019, para pelajar mula menghadiri sekolah di bangunan baru dengan persekitaran yang baru dan kondusif dengan banyak ruang.
Bangunan sekolah baru ini terdiri daripada dua blok bangunan 4 tingkat. Blok pertama terdiri daripada 22 bilik darjah dan bengkel untuk mata pelajaran komponen kemahiran hidup.
Blok lain merangkumi empat makmal sains, makmal komputer, perpustakaan, pejabat pentadbiran, bilik guru dan bilik khas lain.
Dewan serba guna dan padang sukan yang dikongsi oleh sekolah menengah dan sekolah rendah sedang dirancang untuk Fasa kedua.
Oleh itu usaha penjanaan dana kemungkinan besar akan berterusan dan jawatankuasa itu berharap untuk menjadikannya suatu kenyataan juga dalam masa terdekat. Kos pembinaan untuk banguan sekolah baru itu berjumlah RM12 juta.
Penderma lain seperti PIBG sekolah, Alumni, badan berkanun dan syarikat juga telah menghulurkan sumbangan.
Sekolah St. Francis Convent berusia 97 tahun pada tahun ini. Ia adalah sekolah perdana dengan sejarah pencapaian yang panjang dalam semua bidang.
Oleh itu, jawatankuasa itu berharap bahawa sekolah akan terus melahirkan pelajar wanita yang mampu menjadi pemimpin masa depan.
Ke mana sahaja anda pergi, anda akan bertemu dengan seseorang bekas pelajar di Sekolah St. Francis Convent yang telah menjadi idol di dalam komuniti dan ini semua kerana pendidikan holistik yang mereka terima.
Jawatankuasa sekolah itu menjemput semua bekas pelajar, ibu bapa dan pelajar untuk berhimpun pada hari istimewa itu untuk menyaksikan pembukaan rasmi bangunan baru sekolah itu.
Tempat letak kereta mencukupi, termasuk kawasan tempat letak kereta di Bukit Padang iaitu Sekolah Rendah St. Francis Convent, Masjid Nurul Hikmah, Kuil Sri Pasupathinath Alayam, Pertubuhan Masyarakat Orang Pekak Sabah, Taman Tun Fuad, Church of God Kota Kinabalu dan Gereja Mary Immaculate.
Jamuan ringan akan dihidangkan dan bazar mini akan diadakan di perkarangan sekolah berkenaan. Sila hubungi Philomena Engsun di 0198624803 atau Judy Gomez di 0168386090 untuk pertanyaan lanjut.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ