KUCHING: Kontraktor projek pembinaan Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Kampung Bintawa di sini digesa menyiapkan klinik berkenaan sepenuhnya sebelum 16 Disember ini, selepas ia telahpun tersasar enam bulan daripada jadual asalnya.
Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar) berkata setakat ini projek pembinaan klinik itu mencapai 85 peratus siap.
“Saya sudah berikan notis yang terakhir kepada pihak kontraktor (bagi menyiapkan projek) dalam tempoh seminggu mulai dari hari ini dan ia telah dipersetujui okeh kontraktor,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat status projek klinik itu serta cadangan projek bina baharu masjid dan surau di Parlimen Santubong, di Pusat Khidmat P.193 Santubong, Jalan Kulas di sini, hari ini.
Projek pembinaan klinik kesihatan itu mengunakan dana peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajaan Sarawak berjumlah RM600,000.-– BERNAMA

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ