[ad_1]
SANDAKAN, 26 April (Bernama) — Koperasi Serbaguna Sanya Bhd (Kosan) bercadang meningkatkan bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah daripada sepasang kepada dua pasang bagi setiap murid di Sabah, pada masa akan datang.
Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung yang juga Pengerusi Kosan, berkata langkah itu akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan ekonomi koperasi berkenaan.
“Kerajaan negeri sentiasa menyayangi rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah.
“Kita akan cuba sedaya upaya melakukan apa perlu untuk mengurangkan beban keluarga dan anak-anak sekolah, ” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah kepada lima sekolah di Sandakan di sini hari ini.
Beliau berkata penyampaian bantuan pakaian seragam sekolah akan dilaksanakan di semua daerah dalam tempoh terdekat.
Pada majlis itu, lebih 3,000 murid menerima bantuan berkenaan melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tanjung Papat 1, SK Sri Tanjung Papat 2, SK Sungai Anib 1, SK Sungai Anib 2 dan SK Karamunting.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar