KUALITI JALAN RAYA DI SABAH TERUK DAN MEMBAHAYA DIBANDINGKAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Sandakan  Vivian Wong  (gambar) menyeru Kerajaan Persekutuan dan Menteri Kerja Raya untuk menimbangkan cadangan memasukkan projek Jalan Lintas Libaran ke dalam projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah supaya dapat menghubungkan jajaran Lebuhraya Pan Borneo.
Beliau menyatakan bahawa kualiti jalan raya di Sabah adalah dalam keadaan yang teruk dan membahaya berbanding Semenanjung Malaysia. Oleh itu, Kerajaan persekutuan haruslah memperuntukkan lebih banyak dana untuk melaksanakan projek pembinaan jalan demi menggalakkan pembangunan industri pengangkutan dan pelancongan negari serta mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan jalan raya.
Vivian menyatakan bahawa Jalan Lintas Libaran yang menghubungkan jajaran Lebuhraya Pan Borneo dari persimpangan Sandakan Mile 32 ke bulatan Gum-Gum dengan jarak keseluruhan 22.5 km telah disiapkan hampir separuh, kerajaan persekutuan harus menyelesaikan seluruh projek bukan membiarkannya.
Beliau meminta Menteri Kerja Raya untuk menyatakan status terkini pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Package 27A – Libaran Bypass, di mana hanya satu daripada empat segmen telahpun dilaksanakan sejak tahun 2016.
Menteri Kerja Raya mendedahkan bahawa kerajaan persekutuan telah mempertimbangkan permohonan Kerajaan Negeri Sabah supaya jajaran tersebut dapat dimasukkan sebagai skop tambahan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Menteri memberitahu bahawa Jalan Lintas Libaran terkini bukan merupakan skop asal pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah seperti yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah semasa menandatangani perjanjian bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah pada 11 April 2016.
Beliau menegaskan bahawa jajaran Lebuhraya Pan Borneo dari persimpangan Sandakan Mile 32 ke bulatan Gum-Gum merangkumi 4 pakej, di mana Pakej 4 telah dilaksanakan di bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan-2 Rancangan Malaysia Kesebelas (RP-2 RMKe-11) oleh Jabatan Kerja Raya Sabah dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2017.
Menteri mendedahkan pelaksanaan baki 3 pakej selebihnya adalah tertakluk kepada penelitian lanjut dari segi kewangan dan teknikal.