PPD TELUPID TONGOD KELOLAKAN KEJOHANAN BOLASEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH SABAH (MSSS) 2019

Jamain (duduk tiga dari kiri) semasa mempengerusikan mesyuarat akhir jawatankuasa pengelola di Telupid kelmarin
Oleh Kahar Ali
TELUPID: Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) tahun ini akan dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telupid Tongod pada Julai 4-8 Julai ini.
Kejohanan yang akan diadakan di Padang Majlis Pekan Telupid, padang SMK Telupid dan SK Telupid ini, akan disertai oleh 24 daerah seluruh Sabah.
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jamain Bakut selepas mempengerusikan mesyuarat akhir jawatankuasa itu di Bilik Mesyuarat BARABIS  PPD berkata pasukan-pasukan ini akan di bahagikan kepada lapan kumpulan.
Dua pasukan terbaik akan layak ke pertandingan super dan 2 lagi akan ke pertandingan perdana, tambah Jamain.
“Sebanyak 360 peserta yang terdiri daripada murid dan 200 guru terlibat dalam kejohanan ini,” katanya lagi.
Kejohanan ini juga adalah medan untuk membentuk pasukan Sabah yang akan bertanding di peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan dilangsungkan di Kelantan Ogos depan, tambah Jamain.
Jamain turut menjemput masyarakat sekitar Daerah Telupid, Tongod dan sekitarnya untuk sama-sama memberikan sokongan kepada bakat-bakat muda Sabah.
Beliau menambah majlis perasmian akan disempurnakan oleh Felix Datuk Joseph Siting Saang, Pengerusi Koperasi Tokou Sabah (KOPTOKOU) yang juga Ketua Pemuda UPKO Pusat.