LAGI KEJUTAN DARIPADA MAHATHIR

KOTA KINABALU: Selepas mengumumkan meletak jawatan sebagai perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat satu lagi kejutan apabila turut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Bersatu.

Peletakan jawatan itu diumumkan tidak lama selepas beliau disahkan berundur sebagai perdana menteri serta pengumuman presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar daripada Pakatan Harapan.

Menurut kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu, Mahathir telah menghantar surat perletakan jawatan itu namun sebabnya tidak dinyatakan.