KOTA KINABALU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia.
Bagaimanapun, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Mahathir sebagai perdana menteri interim.
Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Katanya, pelantikan itu sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baru selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri Malaysia.
“Walau bagaimanapun, baginda telah berkenan untuk melantik beliau sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baru.
“Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baru dilantik dan kabinet dibentuk,” katanya.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius