RASMI SUDAH…Peter menyempurnakan majlis pelepaasan kenderaan di Jejantas Fasa 2 persimpangan Jalan Lintas Penampang, persimpangan Lido dan persimpangan Lintas Plaza.
Oleh Neo James
KOTA KINABALU: Laluan Jejantas Jalan Lintas, Kota Kinabalu termasuk tiga persimpangan bertingkat (Fasa 2) Persimpangan Jalan Lintas Penampang, persimpangan Lido dan persimpangan Lintas Plaza telah dibuka secara rasmi untuk kenderaan kelmarin.
Majlis pembukaan Jejantas itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah Datuk Peter Anthony pada kira-kira jam 3.34 petang.

Turut hadir menyaksikan majlis penuh bermakna itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (sektor dasar & pembangunan) Kementerin Kerja Raya Malaysia (KKRM), Dato’ Andul Razak Jaafar; Pengarah Urusan Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Lo @ Lo Tain Foh; Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Abdul Muis Picho; Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jenifer Lasilbang; Pengarah Kerja Raya Negeri Sabah, Datuk Richard Jomiji dan Setiausaha Politik Menteri Perdagangan, Industri dan Antarabangsa Malaysia, Pritchard Arthur Gumbaris

Projek itu dibina oleh Syarikat Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd yang menelan kos perbelanjaan hampir RM300 juta mula dibina pada 3 Januari 2017 dan dijangka siap pasda 2 Januari 2020, tetapi dapat disiapkan lebih awal dan telah dibuka untuk laluan kenderaan pada 1 November 2019.
Skop projek ini adalah untuk menambah lorong jalan dari 4 lorong 2 hala kepada 2 lorong 2 hala dengan U5 sepanjang 6.0 km dari persimpangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTKK) sehingga ke persimpangan Jalan Koam / Jalan Lintas.

Peter dalam sidang akhbar berkata, Jejantas Fasa kedua itu adalah kesinambungan projek fasa pertama yang telah siap pembinaannya (dengan kos pembinaan RM262 juta) di kilometer (KM) 5.
“Hari ini adalah fasa kedua yang yang menelan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM300 juta yang disalurkan dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan dibawah KKRM.
Bagi piha Kerajaan Negeri Sabah, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kepimpinan Perdana Menteri, Kerajaan Pusat dan KKRM yang telah menyalurkan peruntukan sehingga terbinanya Jejantas ini pada hari ini.
Kita amat berterima kasih keana walaupun status ataupun kedudukan tanah jalan raya ini masih dibawah state land tetapi peruntukan itu telah dibenarkan dan diluluskan kerajaan Persekutuan dan KKRM,” katanya.
Beliau berkata, adalah diharapkan kesimabungan ini ataupun kelulusan untuk fasa-fasa seterusnya seperti cadangan pembinaan Jejantas Jalan Donggongon-Tambunan juga bersatus state land akan mendapat peruntukan sepertimana peruntukan yang diberikan untuk fasa kedua.
Katanya, projek Jejantas Donggongon- Tambunan dijanka mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk disiapkan.

“Walaupun ia berstatus state land tetapi diharapkan peruntukan dapat diluluskan, dan kita juga berharap supaya pembiaan Jalan Tun Fuad yang tergendala sedikit disebabkan kedudukan masalah tanah.
Tapi saya percaya keprihatinan dan keperibadian KKRM dapat membertimbangkan supaya jakan raya tersebut dapat dilaksanakan bermula pada tahun hadapan,” katanya.
Peter juga memberitahu bahawa pada ketika ini Jalan UMS yang berjumlah RM420 juga sedang dalam perlaksanaan dengan kedudukan 31 peratus siap pada ketika ini.
“Adalah diharapkan dengan siapnya Jejantas fasa pertama, fasa kedua serta jejantas Donggongon-Tambunan yang bakal dibina dan dimulai pada tahun hadapan apabila keseluruhannya siap kelak maka kedudukan kesesakan lalu lintas di kawasan itu terutama di Bandaraya Kota Kinabalu, daripada Penampang, Lintas hingga ke Inanam akan dapat di atasi,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ