KINABATANGAN: Polis menahan seramai lapan suspek termasuk tiga warga tempatan yang disyaki terbabit dengan kegiatan dadah dalam operasi yang dilaksanakan sepanjang minggu lalu.
Daripada jumlah tangkapan itu, satu daripadanya membabitkan kes pengedaran dadah dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan
Dzulbaharin Ismail, berkata tiga lagi kes membabitkan Seksyen 39A(1), manakala masing-masing empat dan tiga kes yang disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15(1)(a).
Katanya, sepanjang tempoh seminggu itu juga, bahagian siasatan jenayah narkotik melaksanakan dua Ops Ice Breaker dan lima Ops Payung.

“Operasi ini beri tumpuan di kawasan yang kita kenal pasti berlaku pengedaran dan penagihan dadah, selain untuk menghapuskan sarang aktiviti ini.
“Jumlah rampasan rampasan dadah adalah sebanyak 66.37 gram,” katanya.

More Stories
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional