TELIPOK: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang penghidap kanser usus di sini, baru-baru ini.
Suradi Lentiris, kini mengalami kesukaran untuk bergerak akibat berlaku pembengkakan pada kakinya.
Beliau juga telah menjalani kemoterapi sebanyak lapan kali bagi merawat kanser yang dihidapi.
Penyampaian kerusi roda disempurnakan Ketua Pergerakan Wanita UPKO Tuaran, Lomiti Jahan mewakili Ketua Bahagian UPKO Tuaran yang juga Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Bertempat di kediaman Suradi di Perumahan V12 Bukit Payung, penyerahan bantuan turut dihadiri Setiausaha UPKO Cawangan Bukit Payung, Macalister Saimon.
More Stories
Tindakan Pantas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran Pulihkan Jalan Bayaon Kiulu
Madius Meriahkan Hari Komuniti Sempena Hari Malaysia Taman Sri Rugading 2024
Pusat Khidmat Parlimen Tuaran, JAS serta pelbagai institusi dan agensi jayakan Sambutan Hari Pembersihan Sedunia