LAPANGAN TERBANG SANDAKAN MENERIMA LEBIH 1 JUTA PENUMPANG

Vivian (4 kiri) menyampaikan replika tiket penerbangan Sandakan -Taipei kepada penumpang yang ke 1 juta di Lapangan Terbang Sandakan pagi ini

SANDAKAN: Lapangan Terbang Sandakan telah menerima lebih 1 juta penumpang pada tahun ini.

Bercakap di majlis menyambut kehadiran penumpang yang ke 1 juta di lapangan terbang hari ini, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong berkata beliau amat teruja dimana pertama kali dalam sejarah Lapangan Terbang Sandakan menerima lebih satu juta penumpang.

Kita masih ada beberapa hari sebelum menuju ke tahun 2020Statistik ini juga memperlihat perkembangan yang baik dari tahun lalu, kata Vivian.

Kita berharap tahun hadapan kita juga akan dapat mencapai penumpang yang lebih ramai penumpang, katanya.

Seperti saya maklum, ramai warga Sandakan juga mahu lebih banyak destinasi penerbangan langsung seperti ke Johor, Singapura dan banyak lagi destinasi, kata Vivian.

Ini juga amat signifikan kerana kalau kita dapat atau boleh yakinkan lagi banyak syarikat penerbangan, sudah  pasti jumlah penumpang juga akan bertambah lagi, tambah Vivian.

Seperti yang dimaklumkan kepada saya, kita dapat lebih satu juta penumpang pada tahun ini dan capai sasaran untuk menerima satu juta kehadiran penumpang, kata beliau lagi.

Dengan pemanjangan lapangan terbang Sandakan kami juga akan cuba yakinkan lebih banyak penerbangan antarabangsa seperti China ke sini secara terus, kata Vivian.

Sebabnya, apa yang kita ketahui,  syarikat penerbangan tidak mahu ke sini kerana landasan kita masih belum pada taraf antarabangsa, katanya.

Sehubungan itu, jikalau kita sudah mencapai landasan taraf itu, maka senang mereka ke sini. Kita juga menyasarkan kehadiran penerbangan langsung dari China, Korea, Taiwan dan Hong Kong, kata Vivian.

Pada bulan Januari depan,  Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan akan datang ke  Sandakan untuk pecah tanah projek landasan lapangan terbang Sandakan,kata Vivian.

Pada masa itu, kita juga akan membawa Menteri melawat sini dan lihat apa kemudahan yang perlu di Lapangan Terbang, katanya.

Lapangan Terbang Sandakan ini tidak besar. Kita mahu menyediakan beberapa kemudahan lagi seperti mesra warga emas dan lain-lain kemudahan, kata Vivian.

Sekarang lapangan terbang Sandakan ini juga belum lagi dapat menampung penumpang yang ramai. Kita akan cuba menyampaikan kepada Menteri berkenaan keperluan itu, kata Vivian.