TAMAN CHONG TAIN VUN MENDAPAT WAJAH BAHARU

SANDAKAN: Acara menyalakan lampu di Taman Chong Tain Vun yang kini telah mendapat wajah baharu setelah empat bulan kerja-kerja menaiktaraf,  akan diadakan esok.

Inisiatif oleh Pejabat Parlimen Sandakan, kerja-kerja menaiktaraf ini bukan sahaja bertujuan untuk memberikan taman bersejarah di Bukit Trig ini wajah atau permandangan yang lebih segar, ia juga menyediakan keperluan kawasan rekreasi yang amat diperlukan warga Sandakan dan menikmati keindahan itu.

“Taman Chong Tain Vun mempunyai tempat istimewa di hati kita.  Ini  juga warisan bagi daerah Sandakan dan lebih penting lagi, ia juga sebagai satu tanda ingatan kepada Mantan Menteri negeri Sabah, Mendiang Chong Tain Vun, kata Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong.

Apabila saya ke sini pada Jun lepas, saya juga berjanji akan menaiktaraf taman ini dan menjadikan ia sebagai satu kawasan tumpuan bagi penduduk tempatan dan pelancong, tambah Vivian.

Vivian gembira dengan kerja-kerja menaiktaraf yang sudah siap seperti dijadualkan itu.

Beliau juga menyeru kepada warga Sandakan untuk menjaga taman itu bersama. 

Perbuatan musnah laku juga katanya akan menyebabkan kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membaikinya dan mengulanginya semula, apabila wang itu boleh digunakan untuk kerja pembaikan yang lain.

Acara menyalakan lampu berkenaan akan diadakan pada Dis 24  ini bermula jam 5.30 petang hingga 9.00 malam.

Bas percuma juga akan disediakan di kawasan SRC di Jalan Singapura dari jam 5 petang sampai jam 9 malam agar pengguna kenderaan boleh meletakkan kenderaan mereka dikawasan itu dan menaiki bas ke bukit berkenaan.