[ad_1]
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan buat masa ini tidak bercadang menaikkan kadar caruman majikan dan pekerja bagi SIP yang merupakan antara yang terendah berbanding negara lain.
“Skim ini baru setahun dilaksanakan jadi kita tengok dulu ‘progress’ bagaimana, apa yang kita nak pastikan ialah ia dilaksanakan sebaiknya,” katanya ketika sesi soal jawab di Persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Mahfuz menjawab soalan Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff berkaitan SIP termasuk adakah kerajaan akan menambah kadar caruman SIP iaitu 0.2 peratus (daripada gaji pekerja), masing-masing bagi majikan dan pekerja.
SIP dilaksanakan oleh Perkeso bermula 1 Jan 2018 bagi membantu pekerja yang hilang pekerjaan dengan bantuan kewangan sementara.
Sebelum ini dilaporkan terdapat lima faedah kewangan di bawah SIP iaitu Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA), Elaun Latihan (EL), Fi/Yuran Latihan (FL) dan Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB).
Menurut Mahfuz, 8,254 individu kembali mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang dengan bantuan Perkeso dan menambah skim itu tidak diperluas kepada sektor awam.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu