KOTA KINABALU: Seramai 44,009 murid Tahun Satu memulakan alam persekolahan di sekolah rendah di Sabah bagi sesi 2025 / 2026 yang bermula hari ini.
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin, berkata turut memasuki alam persekolahan ialah murid prasekolah dengan seramai 21,169 mendaftar di seluruh Sabah pada sesi kali ini.
Katanya, seramai 46,303 pelajar Tingkatan Satu pula memulakan persekolahan di sekolah menengah di Sabah.
“Secara keseluruhan, seramai 527,399 murid dan pelajar di Sabah memulakan persekolahan bagi sesi 2025 / 2026 pada hari ini,” katanya. – Info X
More Stories
UPKO Kota Marudu Fokus Persiapan PRN17, Mesyuarat Tritahunan Ditangguh
588 mangsa masih berlindung di 3 PPS di Beaufort
Beberapa daerah di Sabah dilanda hujan lebat petang ini