KINABATANGAN: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) digesa mengambil tindakan segera dan berperikemanusiaan bagi menangani masalah bekalan air yang dihadapi penduduk beberapa kampung di Sukau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin, berkata keadaan itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana bekalan air adalah hak asasi setiap rakyat.
Katanya, sebarang kelewatan dalam menyelesaikan isu itu akan menjejaskan kesejahteraan penduduk.
“Saya menggesa pihak berwajib untuk segera mengambil langkah penyelesaian jangka pendek bagi memastikan penduduk yang terjejas mendapat bekalan air bersih secepat mungkin.
“Selain itu, JANS juga memerlukan pelan tindakan jangka panjang bagi memastikan masalah ini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mahu pihak JANS bertindak segera dan memastikan hak rakyat untuk mendapatkan bekalan air bersih terus terjamin. – Info X
More Stories
UPKO Kota Marudu Fokus Persiapan PRN17, Mesyuarat Tritahunan Ditangguh
588 mangsa masih berlindung di 3 PPS di Beaufort
Beberapa daerah di Sabah dilanda hujan lebat petang ini