MANCHESTER, 26 Mac – Syarikat penerbangan Jet2 memboikot Catherine Bush daripada menaiki pesawat syarikat itu seumur hidup selepas bertindak cuba membuka pintu pesawat dalam penerbangan ke Turki, baru-baru ini.
Dalam kejadian tersebut, wanita terbabit turut menampar beberapa penumpang lain dalam penerbangan.
Menurut seorang penumpang, Bush membuat suasana sangat bising apabila dia menjerit serta enggan menuruti arahan dari kru kabin.
“Suara wanita itu semakin kuat kemudian dia menjerit di depan muka beberapa penumpang,” katanya.
Dalam pada itu, juruterbang terpaksa melencongkan pesawat ke Vienna selepas melihat keadaan tidak terkawal.
Selepas tiba di lapangan terbang Vienna, sepasukan polis sudah bersedia untuk menahan wanita terbabit.
Sehubungan itu Bush dikenakan denda sebanyak 5,000 pound sterling (kira-kira RM27,800) kerana menengking kru kabin yang cuba menenangkannya.

More Stories
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya